• MAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN ( AMBILAN 3 ) PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN SATU SMKA NEGERI SELANGOR TAHUN 2020
  • 1. Sila buat pengesahan penerimaan tawaran kepada pengetua sekolah berkenaan pada atau sebelum 3 Februari 2020 (Isnin). Tawaran ini akan terbatal sekiranya anda tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan, maklumat permohonan yang dikemukakan tidak benar dan pemohon bukan warganegara Malaysia. Murid tidak dibenarkan membuat pertukaran ke SMKA lain berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:3/2010.
  • 2. Ibu bapa/penjaga dikehendaki mencetak surat tawaran ke SMKA Negeri Selangor bermula 29 Januari hingga 3 Februari 2020.
  • 3. Pendaftaran murid ambilan tiga tingkatan satu di SMKA Selangor sesi persekolahan 2020 akan diadakan pada:

    3.1. Tarikh : 3 FEBRUARI 2020 (Isnin)
    3.2. Masa pendaftaran : 8.30 pagi

    i. SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG - TEL: 03-87376300
    ii. SMKA KUALA SELANGOR - TEL: 03-32895509
    iii. SMKA TUN RAHAH SABAK BERNAM - TEL: 03-32242894
  • 4. Jika memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:

    Sektor Pendidikan Islam,
    Jabatan Pendidikan Selangor,
    Jalan Jambu Bol 4/3E, 40604 Shah Alam.
    Tel: 03-55126921 / 03-55135754 Faks: 03-55138268